Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Cubaan seludup minyak diesel gagal
  • JENAYAH

Cubaan seludup minyak diesel gagal

Utusan Sarawak 2 months ago
DIRAMPAS… Tong drum berisi minyak diesel disyaki seludup dirampas dalam Op Taring Landai di Jalan Melor, Bekenu, Miri.

MIRI: Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup minyak diesel gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) menerusi Op Taring Landai di Jalan Melor, Bekenu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, ACP Alexson Naga Chabu menerusi satu kenyataan malam tadi, berkata suspek berusia 53 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri kira-kira 6.45 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan jenis Toyota Hilux Single Cab berwarna putih yang dipandunya membawa muatan minyak diesel yang disyaki diseleweng.

“Pemandu terbabit juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Miri bagi pemilikan bahan bakar itu,” katanya.

Alexson, berkata kenderaan dan minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM94,500 itu dirampas untuk tindakan lanjut.

“Kes ini diserahkan kepada pihak KPDN Miri untuk tindakan lanjut di bawah Akta Bekalan 1961,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kes tipu berleluasa di Miri
Next: AKPS tolak kemasukan 51 warga Bangladesh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.