Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Cubaan rompakan: Saif Ali Khan alami enam kecederaan
  • HIBURAN

Cubaan rompakan: Saif Ali Khan alami enam kecederaan

Utusan Sarawak 4 months ago
BINTANG Bollywood Saif Ali Khan

NEW DELHI: Bintang Bollywood Saif Ali Khan mengalami kecederaan akibat diserang dengan pisau di rumahnya di kawasan pinggir bandar Bandra, Mumbai.

Pelakon berusia 54 tahun itu mengalami beberapa kecederaan dalam satu cubaan rompakan yang berlaku kira-kira 2.30 pagi Khamis, menurut laporan media tempatan.

Polis Mumbai memaklumkan yang penyerang melarikan diri selepas penghuni lain di rumah itu terjaga.

Saif dibawa ke Hospital Lilavati kira-kira 3.30 pagi untuk mendapatkan rawatan.

“Beliau mengalami enam kecederaan, dua daripada luka agak dalam. Satu luka hampir dengan tulang belakangnya. Kami sedang menjalankan pembedahan ke atas beliau,” menurut pegawai kanan hospital, Dr Niraj Uttamani, seperti dipetik oleh akhbar Hindustan Times.

Saif yang berkahwin dengan pelakon Kareena Kapoor, tinggal di rumah itu bersama dua anak mereka. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Kebangkitan legenda tinju dalam Tumbukan Emas
Next: Konsert Band Death Metal kebanggaan Bumi Kenyalang, Larrong tampil kelainan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.