Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Cuaca Makkah semakin panas, jemaah diingatkan utamakan kesihatan
  • GLOBAL

Cuaca Makkah semakin panas, jemaah diingatkan utamakan kesihatan

Utusan Sarawak 6 hours ago
TENGKU Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata suhu boleh menjangkau lebih 40 darjah Celsius, khususnya ketika kemuncak ibadah wukuf di Arafah.

JEDDAH: Jemaah haji Malaysia diingatkan agar tidak mengabaikan aspek penjagaan kesihatan diri, terutama selepas menyempurnakan ibadah umrah bagi memastikan mereka kekal cergas menjelang kemuncak rukun Islam kelima itu.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Hisham Harun berkata keadaan cuaca di Makkah yang semakin panas ketika ini, memerlukan jemaah lebih peka terhadap tahap kesihatan masing-masing bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

“Selepas perjalanan jauh dari Malaysia dan menunaikan Umrah, jemaah dinasihatkan supaya berehat secukupnya bagi memulihkan tenaga.

“Dalam keadaan cuaca yang semakin panas, jemaah juga perlu memastikan pengambilan air mencukupi, mengambil ubat seperti ditetapkan serta menjaga kesihatan sebagai persediaan menghadapi ibadah haji,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata suhu boleh menjangkau lebih 40 darjah Celsius, khususnya ketika kemuncak ibadah wukuf di Arafah.

Sebagai rekod, musim haji 2024 pernah mencatatkan suhu ekstrem mencecah 51.8 darjah Celsius di Makkah, sekali gus menjadi peringatan buat jemaah tahun ini agar lebih bersiap siaga menghadapi cabaran cuaca panas yang tidak menentu.

Hisham berkata tempoh sebelum wukuf perlu dimanfaatkan sebaiknya, kerana ibadah haji menuntut ketahanan fizikal dan mental yang luar biasa.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan rasa syukur, apabila proses ketibaan serta urusan pergerakan jemaah haji Malaysia setakat ini berjalan lancar tanpa sebarang isu besar.

Hisham berkata pematuhan terhadap peraturan termasuk penggunaan permit haji sah melalui sistem yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi, turut membantu melancarkan perjalanan jemaah ke Makkah.

“Alhamdulillah, semua proses berjalan dengan baik dan kita harap keadaan ini berterusan sehingga semua jemaah tiba,” katanya. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Bangunan parlimen Jepun berusia 90 tahun bakal jalani ubah suai besar-besaran
Next: Hujan abu di Gunung Berapi Mayon, polis Filipina kerah anggota, sumber

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.