Cuaca diramal  baik di Putrajaya esok

Facebook
WhatsApp
PARA peserta perbarisan Hari Kebangsaan 2025 yang akan berlangsung Ahad ini di Dataran Putrajaya dengan bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’. Sambutan akan bermula seawal 7 pagi dengan penglibatan 14,010 peserta, 78 aset kenderaan, 83 kontinjen perbarisan dan perarakan, tujuh kereta berhias, 116 haiwan serta 21 kumpulan pancaragam. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Cuaca di Putrajaya pagi esok diramalkan baik, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi hantaran di Facebook, menurut MetMalaysia cuaca pada sebelah pagi, petang hingga malam dijangka tiada hujan.  

Putrajaya sekali lagi menjadi tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan dengan jangkaan kehadiran lebih 500,000 pengunjung.

Sementara itu, MetMalaysia turut meramalkan hujan di sebelah pagi di sembilan negeri, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Cuaca di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Kuala Lumpur pula diramalkan baik pada sebelah pagi.– Bernama

Internet berpagar diperluas ke premis awam, IPTS

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor merancang memperluas perkhidmatan ‘Internet berpagar’ ke premis awam