Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cuaca buruk tidak halang operasi SRS
  • TEMPATAN

Cuaca buruk tidak halang operasi SRS

Utusan Sarawak 5 years ago
SENTIASA SEDIA… Ahmad Noorkamal Abdul Malek, Suzie Masin dan pasukan SRS Zon 1 Kampung Muhibbah sebelum melakukan rondaan di penempatan mereka di Bandar Simanggang baru-baru ini.

SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon 1 Kampung Muhibbah di sini akan tetap meneruskan operasi Skim Rondaan Sukarela (SRS) dalam kawasan kampung walaupun keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Ini terbukti apabila organisasi berkenaan tetap bertindak meneruskan operasi rondaan dalam kawasan perkampungan ketika cuaca hujan melanda Sri Aman pada masa sekarang, demikian menurut Ketua Peronda SRSnya, Ramli Abu Sera.

“SRS Zon 1 Kampung Muhibbah tidak boleh menghentikan operasi rondaan ketika cuaca hujan kerana kita khuatir ada orang akan mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan jenayah di sini ketika ketiadaan kita.

“Atas sebab itu setiap ahli kami terpaksa melaksanakan operasi secara senyap. Bagaimanapun kami akan tetap bertindak mengutamakan keselamatan diri sendiri sekiranya berlaku cuaca ribut atau hujan kuat di bandar ini sepanjang sesi rondaan kelak,” katanya.

Ramli ketika ditemui pada Program Lan Kito Meronda di sini turut memohon penduduk agar mengutamakan keselamatan rumah masing-masing dengan memastikannya berkunci ketika keluar untuk tempoh yang lama.

Menurut beliau tindakan penduduk secara tidak langsung akan dapat melengahkan para penjenayah yang mahu menceroboh kediaman mereka sebelum ahli SRS tiba untuk melakukan pemantauan.

“Bagaimanapun SRS Zon 1 Kampung Muhibbah memerlukan pertambahan ahli untuk memperkukuhkan lagi kekuatan organisasi dan operasi rondaan dalam kawasan penempatan penduduk di sini.

“Justeru belia Kampung Muhibbah, Sri Aman yang berminat mahu menyertai SRS di sini boleh mendapatkan borang pendaftaran keahlian dengan bertindak menghubungi saya di talian 014-4836580,”kata Ramli.

Terdahulu Ramli bersama sembilan orang ahli SRS telah memulakan Program Lan Kito Meronda di sekitar kawasan Zon Tengah dan Zon Selatan, Kampung Muhibbah di sini bermula jam 10.30 malam.

Turut serta Pegawai Perpaduan Sri Aman, Ahmad Noorkamal Abdul Malek, Penolong Pegawainya Suzie Masin, Pengerusi KRT Zon 1 Kampung Muhibbah, Latipah Mantali dan Setiausahanya Julaihi Johari.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: PBB perlu kerja keras
Next: Stesen minyak kini beroperasi di Lachau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.