Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Croatia tundukkan Ghana, sah ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia
  • SUKAN

Croatia tundukkan Ghana, sah ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMAIN tengah Croatia, Nikola Vlasic, meraikan jaringan kedua pasukannya ketika aksi Kumpulan L Piala Dunia 2026 menentang Ghana di Stadium Philadelphia, Pennsylvania. Foto AFP

PHILADELPHIA, Amerika Syarikat: Croatia menewaskan Ghana 2-1 untuk muncul naib juara Kumpulan L sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia, pagi ini (waktu Malaysia).

Petar Sucic meletakkan Croatia di depan pada babak pertama sebelum Ghana bangkit menguasai separuh masa kedua dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Derrick Luckassen.

Bagaimanapun, naib juara Piala Dunia 2018 itu mempamerkan semangat juang tinggi apabila Nikola Vlasic muncul wira menerusi tandukan kemenangan pada penghujung perlawanan, sekali gus mengesahkan pertemuan dengan naib juara Kumpulan K di Toronto, Khamis ini (waktu tempatan).

Pada satu ketika, Croatia berada di landasan untuk muncul juara kumpulan sebelum Jude Bellingham meledak gol pendahuluan England ketika menentang Panama dalam satu lagi aksi Kumpulan L. England akhirnya menang 2-0 untuk menamatkan saingan di tangga teratas kumpulan.

Ghana sebenarnya sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan 32 terbaik sebelum perlawanan di Philadelphia bermula hasil kemenangan ke atas Panama dan keputusan seri dengan England dalam dua aksi terdahulu. Ia adalah penampilan ketiga mereka di pusingan kalah mati Piala Dunia.

Croatia mencipta peluang pertama yang benar-benar berbahaya pada minit ke-17 menerusi serangan balas pantas apabila Vlasic melakukan percubaan rendah dari luar kotak penalti, namun bola sekadar terkena bahagian luar tiang gol.

PEMAIN sayap Ghana, Kamaldeen Sulemana (kiri), mengawal bola sambil diasak pemain tengah Croatia, Petar Sucic, ketika aksi Kumpulan L Piala Dunia 2026 di Stadium Philadelphia, Pennsylvania. Foto AFP

Sucic kemudian membuka jaringan pada minit ke-32 menerusi rembatan spekulasi dari jarak kira-kira 30 meter yang meluru rendah, melepasi celah kaki pertahanan tengah Ghana, Luckassen, sebelum menewaskan penjaga gol Benjamin Asare yang terlindung pandangan.

Ia adalah gol antarabangsa kedua pemain tengah Inter Milan itu.

Jaringan berkenaan menyuntik semangat Ghana untuk lebih menyerang, namun percubaan Antoine Semenyo pada minit ke-40 sekadar melewati pintu gol dan tersasar tipis di sebelah tiang jauh.

Pengendali Ghana, Carlos Queiroz, melakukan dua pertukaran sebaik babak kedua bermula dengan memasukkan pemain sayap Abdul Fatawu menggantikan Elisha Owusu yang lebih bertahan.

Fatawu terus memberi impak apabila melepaskan rembatan yang sedikit tinggi melepasi palang, sebelum Ghana meningkatkan tekanan ke atas Croatia.

PEMAIN tengah Croatia, Petar Sucic, mengawal bola sambil diasak pemain tengah Ghana, Thomas Partey, ketika aksi Kumpulan L Piala Dunia 2026 antara Croatia dan Ghana di Stadium Philadelphia, Pennsylvania. Foto AFP

Pada minit ke-50, Semenyo hampir menyamakan kedudukan apabila meluru ke arah hantaran lintang Fatawu, namun gagal menyentuh bola di tiang dekat.

Tekanan berterusan Ghana akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-73 apabila Luckassen menyudahkan satu gerakan daripada situasi bola mati menerusi penyudah kaki kiri yang kemudiannya disahkan selepas semakan VAR selama hampir empat minit.

Gol antarabangsa pertama Luckassen itu menjadikan keluarganya sudah meledak empat gol dalam kejohanan kali ini, selepas abangnya, Brian Brobbey, menjaringkan tiga gol bersama Belanda pada peringkat kumpulan.

PEMAIN Ghana, Derrick Luckassen, menjaringkan gol pertama pasukannya ketika aksi Kumpulan L Piala Dunia 2026 menentang Croatia di Stadium Philadelphia, Pennsylvania. Foto AFP

Namun, kegembiraan Ghana tidak bertahan lama apabila Croatia kembali mengasak. Benjamin Asare terlebih dahulu menyelamatkan percubaan Mario Pasalic pada minit ke-82.

Daripada sepakan penjuru yang menyusul, Croatia kembali di depan apabila Vlasic dibiarkan tanpa kawalan sebelum Luka Modric melakukan hantaran tepat ke arah kepalanya untuk ditanduk masuk, sekali gus memastikan Croatia mara selaku naib juara kumpulan. – AFP

Continue Reading

Previous: Bellingham, Kane bawa England mara ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia
Next: Pengendali Scotland, Clarke letak jawatan selepas tersingkir dari Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.