Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Covid-19: Meninggal dunia kes ‘import’
  • TEMPATAN

Covid-19: Meninggal dunia kes ‘import’

Utusan Sarawak 5 years ago

ZARINA ABDULLAH

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian mendedahkan bahawa tiga sekeluarga yang meninggal dunia di sini disebabkan Covid-19 adalah kes import dari Itali.

Menurutnya, kesemua kes positif yang berlaku di Sarawak adalah dari luar (diimport) dengan majoriti dari Kuala Lumpur yang mana rakyat negeri ini kembali dari luar.

“Jika tidak, Sarawak tidak mempunyai sebarang kes dan kluster tiga sekeluarga yang meninggal itu adalah diimport dari Itali dengan salah seorang ahli keluarga mereka pergi ke sana dan kemudian menjangkiti ahli keluarga yang meninggal itu, namun beliau kini masih mendapat rawatan dan terus dipantau.

“Selain itu, kita sekarang telah mengenal pasti terdapat kluster baharu melibatkan rakyat Sarawak yang kembali dari Belanda dan Scotland dan kes Pastor yang meninggal turut dari kes diimport,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sidang media khas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.

Terdahulu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan bahawa ibu,79,  dan anak perempuannya meninggal dunia akibat Covid-19 masing-masing pada 18 Mac dan 21 Mac, sementara anak lelakinya pada 23 Mac.

“Seseorang itu mungkin tidak ada gejala awal tetapi mereka boleh menyebarkan virus kepada ramai orang tanpa mereka sedar.

“Sehubungan itu, masyarakat kita harus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April ini dan kekal duduk di rumah.

“Namun, pesakit yang tidak mempunyai gejala virus itu tidak boleh menyalahkan diri sendiri kerana menyebarkan virus kerana mereka juga tidak mengetahui bahawa mereka membawa virus,” tegasnya.

Dalam sidang media tersebut, Ketua Menteri memberitahu bahawa kes kematian Covid-19 yang melibatkan tiga ahli keluarga dan Pastor adalah disebabkan oleh kes-kes yang diimport. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengenal pasti di mana mereka telah mendapat virus itu.

Mengulas mengenai perkembangan berlainan, Dr Sim berkata bahawa Kerajaan Shandong dan Fujian dari negara China mendermakan sejumlah 20,000 topeng muka jenis N95 kepada Sarawak.

“Ini adalah bukti perhubungan baik kita dengan negara China dan mereka menghargainya, jumlah ini adalah fasa pertama dan ada lagi yang akan datang.

“Selain itu, pihak perubatan kita dan China turut mengadakan persidangan video dalam usaha membendung penularan wabak dan kepakaran mereka merawatnya,” tambahnya.

Continue Reading

Previous: Guna bayaran secara digital ketika Covid-19
Next: Tiga pusat kuarantin dibuka di Lawas, Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.