AMERIKA SYARIKAT: KES positif global Covid-19 kini sudah menjangkau lebih 23 juta.
Dalam tempoh 24 jam, terdapat lebih 300,000 pertambahan kes baharu, menjadikan keseluruhan kes positif setakat ini 23.05 juta.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 5.6 juta kes jangkitan.
Ini diikuti Brazil dengan 3.5 juta kes manakala India merekodkan 2.9 juta kes.
Jangkitan Covid-19 di Rusia pula mencecah 949,531 kes.
Sementara itu, Afrika Selatan (607,045), Peru (576,067), Mexico (549,734) dan Columbia (522,138) melepasi angka setengah juta kes.
Negara yang melepasi angka 300,000 pula adalah Chile (395,708), Sepanyol (386,054), Iran (356,792), Argentina (329,043), United Kingdom (326,559) dan Arab Saudi (306,370).
Di Asia Tenggara, Filipina dan Indonesia terus mencatat kes tertinggi, masing-masing dengan 187,249 kes dan 151,498 kes.
Dari segi kematian, lebih 5,000 kes dicatatkan dalam 24 jam menjadikan jumlah kumulatif 801,447 yang maut akibat Covid-19.
AS merekodkan jumlah tertinggi iaitu 176,070 kematian, diikuti Brazil dan Mexico masing-masing dengan 113,358 dan 59,610 kematian.
India dan United Kingdom pula masing-masing merekodkan 55,794 dan 41,509 kematian, manakala Itali dan Perancis mencatat 35,430 dan 30,517 kes.-AFP