KUCHING: Situasi pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada kesejahteraan komuniti serta menyumbang kepada pelbagai isu sosial dalam masyarakat.
Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, isu-isu yang harus diberikan fokus ialah seperti isu kesihatan, mental, kemiskinan, keganasan rumah tangga dan gelandangan.
Ujar beliau, sejak kebelakangan ini kesan Covid-19 terhadap isu kesihatan mental sering ditunjukkan melalui media perdana dan media sosial.
“Sebanyak 30 kes cubaan membunuh diri direkodkan di Sarawak oleh PDRM (23 kes) selain Jabatan Bomba dan Penyelamat sebanyak tujuh kes sepanjang Januari sehingga Mei tahun ini.
Jelasnya lagi, sepanjang tempoh antara Mei 2020 dan Julai 2021, semasa pandemik Covid-19, terdapat 47 program dijalankan oleh pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) menerusi Mental Health Association (MHA), Unit Sumber Manusia Negeri, Jabatan Ketua Menteri dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak).
Tegas Fatimah, ini adalah bagi menangani isu dan masalah berkaitan kesihatan mental yang merangkumi literasi kesihatan mental, latihan fasilitator kesihatan mental untuk agensi dan NGO dan sesi intervensi psikologi individu yang terkesan.
Tambah beliau lagi, bagi tempoh sama sebanyak 634 kes kaunseling dikendalikan oleh pelbagai agensi dan NGO di Sarawak semasa pandemik. (76 sesi kaunseling oleh MHA, 344 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, 114 dikendalikan oleh SCS Covid-19 eCounselling Services Hotline) manakala JWKS Helpline pula telah menerima 14 panggilan.
“Sepanjang 2020 sebanyak 36 kes direkodkan. Bagi tempoh sama pada tahun ini, sebanyak 37 kes bunuh diri direkodkan oleh PDRM.
KWKPK melalui Majlis Pembangunan Sosial (MPS) Sarawak dengan kerjasama UNODC telah melaksanakan program Virtual Training of Trainer (TOT) Strong Family Program: “Caring for Your Child in Response to the Covid-19 Lockdown” yang bertujuan untuk melatih fasilitator dalam komuniti khusus untuk menangani isu kesihatan mental keluarga semasa pandemik.
Di samping itu, MPS turut melaksanakan Mental Health Study bagi mendapatkan gambaran mengenai kesihatan mental komuniti termasuk kesan pandemik serta menyediakan pelan tindakan bagi menangani masalah kesihatan mental di Sarawak.
Oleh AZREEN KERIA