Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • China sumbang 990 juta dos vaksin
  • GLOBAL

China sumbang 990 juta dos vaksin

Utusan Sarawak 4 years ago
CHINA telah menyumbang 990 juta dos vaksin Covid-19 kepada beberapa negara di dunia. • Foto AFP

BEIJING: China telah menyumbang 990 juta dos vaksin Covid-19 kepada beberapa negara di dunia dan setakat ini menjadi penyumbang utama dan terbesar di peringkat global.

Naib Ketua Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China, Deng Boqing berkata demikian ketika menghadiri majlis penyerahan vaksin Covid-19 kepada Myanmar pada Jumaat.

Menurutnya, ketika ini, China telah dan akan menghulurkan bantuan vaksin kepada 105 buah negara dan empat pertubuhan antarabangsa, selain mengeksport vaksin kepada lebih 60 buah negara.

Deng berkata, dengan menerapkan konsep pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan, China telah melaksanakan bantuan kemanusiaan paling banyak sejak Republik Rakyat China ditubuhkan.

China telah menyumbang bahan keperluan pencegahan dan kawalan wabak kepada 150 buah negara dan 13 pertubuhan antarabangsa, menghantar 37 kumpulan pakar perubatan kepada 34 buah negara, selain mengadakan hampir 1,000 sesi perkongsian maklumat secara maya.

Beliau berkata, China komited bergabung tenaga dengan negara-negara ASEAN dalam memerangi pandemik Covid-19 hingga mengintensifkan lagi perkongsian strategik China-ASEAN.

Setakat ini, China telah memberikan sejumlah besar bantuan vaksin dan bahan keperluan melawan wabak kepada sepuluh negara ASEAN, selain menghantar kumpulan pakar kepada Laos, Kemboja, Filipina, Myanmar dan Malaysia. – Bernama

Continue Reading

Previous: Mullah Baradar ketuai pemerintahan Taliban
Next: Pembentukan kerajaan baharu Afghanistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.