China desak India, Pakistan bertenang dan berdamai

Facebook
WhatsApp
KEMENTERIAN Luar China Lin Jian

BEIJING: China menggesa India dan Pakistan supaya bertindak demi kepentingan bersama bagi menjamin keamanan dan kestabilan serantau serta mengamalkan sikap tenang dan tidak bertindak secara terburu-buru, kata jurucakap Kementerian Luar China pada Sabtu, lapor Xinhua.

Jurucakap itu mengulas ketegangan yang semakin memuncak antara India dan Pakistan.

Menurut laporan media, Pakistan mendakwa India telah menyerang beberapa sasaran termasuk Pangkalan Udara Nur Khan pada awal pagi 10 Mei. Pakistan berikrar akan bertindak balas secara tegas dan telah melancarkan “Operasi Bunyan-ul-Marsoos”.

Jurucakap itu berkata China memantau rapi perkembangan terkini antara India dan Pakistan serta amat bimbang dengan peningkatan ketegangan.

“China menggesa kedua-dua pihak supaya bertindak demi kepentingan keamanan dan kestabilan bersama, mengamalkan sikap tenang dan berhati-hati, kembali ke landasan penyelesaian politik secara aman serta mengelak sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.

“Ini penting demi kepentingan asas kedua-dua negara dan bagi memastikan rantau yang stabil dan aman. Inilah juga yang diharapkan oleh masyarakat antarabangsa,” katanya.

China turut menyatakan kesediaan untuk terus memainkan peranan konstruktif ke arah usaha itu.– Bernama-Xinhua

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara