China cipta salutan halimunan jadikan pesawat tidak dapat dikesan radar antiselinap

Facebook
WhatsApp
China telah membangunkan bahan penyelinapan baharu yang boleh digunakan pada pesawat dan peralatan pertahanan lain untuk mengurangkan kebolehlihatan radar antiselinap.

BEIJING: Ahli sains ketenteraan China telah membangunkan bahan penyelinapan baharu yang boleh digunakan pada pesawat dan peralatan pertahanan lain untuk mengurangkan kebolehlihatan radar antiselinap, lapor Sputnik.

Akhbar South China Morning Post pada Isnin melaporkan bahan baharu itu, yang diperkenalkan oleh Universiti Teknologi Pertahanan Kebangsaan, mampu menukar gelombang elektromagnet dengan panjang gelombang antara 0.7 meter hingga 0.18 meter menjadi haba. 

Teknologi ini berkesan meliputi jalur P dan L yang merupakan jalur operasi kebanyakan radar antiselinap masa kini.

Menurut laporan itu, bahan itu ringan, fleksibel dan mudah dihasilkan secara besar-besaran, menjadikannya sesuai untuk menyaluti pesawat atau platform senjata lain yang memerlukan ciri penyelinapan.

Ahli sains turut menyatakan bahawa bahan ini menjimatkan kos dan boleh digunakan pada pelbagai jenis peralatan ketenteraan. 

Mereka percaya bahawa teknologi ini berpotensi menjadi “kunci bagi China untuk memenangi peperangan masa depan.”

China kini memegang majoriti paten metamaterial di dunia. – BERNAMA-SPUTNIK

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara