Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • China akan kenakan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua import AS bermula 10 April
  • GLOBAL

China akan kenakan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua import AS bermula 10 April

Utusan Sarawak 1 month ago
KERETA untuk eksport sebelum dimuatkan ke sebuah kapal di pelabuhan di Yantai, di wilayah Shandong di timur China, kelmarin. FotoAFP

BEIJING: China akan mengenakan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) bermula 10 April, Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negara mengumumkan semalam, menurut laporan Xinhua.

Pengumuman itu susulan keputusan AS untuk mengenakan “tarif timbal balik” ke atas eksport China ke AS, satu langkah yang menurut suruhanjaya itu tidak mematuhi peraturan perdagangan antarabangsa, menjejaskan hak dan kepentingan sah China secara serius dan mewakili tindakan buli unilateral yang tipikal.

Menurut kenyataan itu, tindakan AS bukan sahaja merugikan kepentingan negaranya sendiri, malah menjejaskan pembangunan ekonomi global serta kestabilan rantaian industri dan bekalan.

China menggesa AS agar segera menarik balik langkah-langkah tarif unilateralnya dan menyelesaikan pertikaian perdagangan melalui perundingan berasaskan kesaksamaan, saling menghormati dan manfaat bersama, menurut kenyataan itu lagi.

Suruhanjaya turut memaklumkan bahawa dasar sedia ada berkaitan dasar terikat serta dasar pengurangan dan pengecualian cukai akan terus dikekalkan, manakala duti tambahan yang akan dikenakan tidak akan dikurangkan atau dikecualikan. – Bernama – Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud melanda pantai Papua New Guinea
Next: Trump perkenal ‘Kad Emas’ untuk imigran kaya ke Amerika Syarikat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.