Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Chiew tegaskan tindakan lanjutan tidak boleh terhenti
  • Utara
  • WILAYAH

Chiew tegaskan tindakan lanjutan tidak boleh terhenti

Utusan Sarawak 7 hours ago
TINJAUAN… Chiew Choon Man (kanan) meninjau kerosakan teruk akibat banjir tahun ini di rumah sekitar Jalan 3A, Hill Top Garden 3A, Selasa lalu.

MIRI: Kini, hampir enam bulan selepas bencana berlaku, menjadi tanggungjawab pihak berkaitan untuk memastikan tindakan pasca-bencana terus dilaksanakan seperti yang sepatutnya.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, berkata rakyat telah meletakkan harapan agar usaha pemulihan diteruskan secara berkesinambungan dan bukan hanya diberi perhatian apabila isu tular di media.

“Sebagai wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Miri, saya terpanggil untuk menilai semula kemajuan empat teras tindakan berikut yang mempunyai kesan langsung kepada kesejahteraan warga Miri.

“Pertama, kemajuan penyaluran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada semua mangsa, sama ada yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau di luar PPS.

“Setiap keluarga yang layak mesti menerima hak mereka tanpa terkecuali, sebagaimana dimaklumkan dalam sidang Parlimen lalu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Teras Kedua ialah status pembaikan harta dan infrastruktur yang rosak akibat banjir perlu dipercepat dengan jadual pelaksanaan yang dipantau rapi.

Ketiga, kajian keselamatan cerun Bukit Kanada, khususnya di Kampung Lereng Bukit, serta pelan mitigasinya mesti dimuktamadkan bagi mencegah tragedi berulang.

Keempat, pelan mitigasi banjir jangka panjang untuk Miri, merangkumi sistem perparitan, kolam takungan, tebatan sungai dan pengurusan pembangunan, perlu disegerakan dengan garis masa jelas.  

“Saya akan mengadakan pertemuan khusus dengan semua agensi berkaitan bagi mendapatkan perkembangan terkini dan membawa isu ini ke Dewan Rakyat untuk memohon peruntukan tambahan jika terdapat kekangan kewangan yang akan menjejaskan usaha pemulihan.

“Mewakili rakyat Miri, saya menggesa setiap pihak, agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan penduduk untuk terus berganding bahu memastikan proses pemulihan berjalan lancar dan sasaran pencegahan bencana tercapai,” ujarnya.

Beliau berkata, tragedi awal tahun ini mesti menjadi iktibar untuk membina bandar raya Miri yang lebih selamat, berdaya tahan dan inklusif.

Pada awal tahun ini, Miri dan beberapa bahagian lain di Sarawak telah dilanda antara bencana banjir paling buruk dalam sejarah.

Lebih malang lagi, hujan lebat berpanjangan yang memburukkan kestabilan cerun di Bukit Kanada.
Ini telah mencetuskan kejadian tanah runtuh di kaki bukit tersebut yang bukan sahaja merosakkan kediaman, malah meragut nyawa. Tragedi ini menguji ketabahan komuniti  dan wajar dijadikan iktibar bersama.

Chiew merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, serta ribuan sukarelawan warga Miri yang pantas memberi bantuan kepada mangsa seperti menyediakan PPS dan menghulur bantuan kecemasan.

“Keprihatinan dan semangat saling membantu yang dizahirkan jelas menunjukkan kekuatan solidariti masyarakat Miri.

“Terima kasih juga diucapkan kepada kerajaan di semua peringkat atas inisiatif lanjutan termasuk penyediaan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada mangsa yang layak dan peruntukan baik pulih harta benda rosak,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MTMD nyatakan sokongan pengharaman penggunaan rokok elektronik di Sarawak
Next: Pasar Rakyat Marudi lengang susulan kenaikan harga sayur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.