Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Chieng sampaikan insentif tunai kepada 92 pelajar cemerlang
  • PENDIDIKAN

Chieng sampaikan insentif tunai kepada 92 pelajar cemerlang

Utusan Sarawak 10 hours ago
CEMERLANG…Joseph Chieng Jin Ek (tiga kiri) menyerahkan insentif kepada pelajar cemerlang sambil disaksikan oleh David Teo(dua kiri) serta yang lain di Sibu, hari ini.

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek hari ini menyampaikan insentif tunai berjumlah RM38,500 kepada 92 pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart di sini.

Chieng berkata, pemberian insentif tersebut adalah sebagai penghargaan kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

“Berbanding keputusan SPM 2023, seramai 77 pelajar memperolehi 5A ke atas dengan jumlah keseluruhan insentif sebanyak RM30,400.

“Ini menunjukkan peningkatan seramai 15 pelajar dengan pertambahan insentif sebanyak RM8,100 bagi SPM 2024,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian insentif tersebut di dewan sekolah berkenaan.

TAHNIAH…Joseph Chieng Jin Ek (barisan depan, tengah) bersama pelajar cemerlang SMK Sacred Heart yang menerima insentif pendidikan di Sibu, hari ini.

Beliau menambah, insentif pendidikan itu telah diperkenalkan di sekolah-sekolah di kawasannya sejak 2022, selepas beliau dipilih sebagai ADUN Bukit Assek.

Menurutnya, kawasan Bukit Assek mempunyai empat sekolah menengah iaitu SMK Methodist, Sekolah Menengah Tinggi Katolik, SMK Bukit Assek dan SMK Sacred Heart.

“Pemberian insentif pendidikan ini adalah sebagai galakan kepada pelajar dan motivasi kepada mereka yang bakal menduduki SPM.

“Ia juga sebagai penghargaan atas usaha gigih mereka yang telah belajar bersungguh-sungguh memperolehi keputusan cemerlang ini, selain daripada sokongan kewangan kepada mereka,” jelasnya.

Chieng turut berharap insentif pendidikan ini dapat menjadi simbol galakan kepada pelajar-pelajar di kawasan Bukit Assek untuk mencapai kecemerlangan pada masa akan datang.

“Kepada pelajar cemerlang, saya ucapkan tahniah atas kejayaan anda ini kerana usaha gigih anda telah membuahkan hasil.

“Saya ingatkan agar anda terus maju jaya dan berdisiplin untuk meneruskan usaha ini yang merupakan permulaan untuk ke peringkat seterusnya,” tambahnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada guru-guru yang telah memainkan peranan penting dalam membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada pelajar sehingga mencapai kejayaan.

Sementara itu, Pengetua SMK Sacred Heart, David Teo, mengucapkan tahniah kepada para pelajar, guru-guru dan ibu bapa yang telah berusaha keras untuk mencapai kejayaan cemerlang ini.

Beliau menyifatkan kejayaan ini sebagai kejayaan bersama kerana masing-masing memainkan peranan penting dalam memastikan kecemerlangan dicapai.

“Saya berharap semua pelajar dan guru teruskan kejayaan ke tahap yang lebih tinggi lagi untuk SPM 2025,” katanya.

Teo turut berterima kasih kepada Chieng atas inisiatif penyediaan insentif ini setiap tahun sebagai perangsang serta galakan kepada pelajar di kawasan Bukit Assek.
Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Sarawak Skills perkenal program Latihan Perladangan Kelapa Sawit untuk anak tempatan
Next: Keputusan cemerlang SPM SMK Bahasa Malaysia harumkan Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.