Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Chee Kadir santuni pesakit, sumbang kerusi roda melalui Program Ziarah Kasih
  • Tengah
  • WILAYAH

Chee Kadir santuni pesakit, sumbang kerusi roda melalui Program Ziarah Kasih

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir dan Datin Meryani Yassin turun padang bagi menziarahi seorang pesakit di Kampung Baru Darat hari ini. Foto ADUN Kabong

KABONG: Program Ziarah Kasih terus menjadi medium mendekati rakyat apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, menziarahi seorang pesakit di Kampung Baru Darat, di sini, hari ini.

Beliau berkata, program berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyantuni penduduk yang berdepan ujian kesihatan serta memerlukan sokongan dan perhatian.

Menurutnya, kunjungan itu turut memberi peluang untuk melihat sendiri keadaan serta keperluan yang dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik.

Dalam lawatan tersebut, beliau meluangkan masa bertemu Lena Yusup @ Lena Yusnita Yusup yang menghidap penyakit kencing manis sejak hampir 20 tahun lalu.

Keadaan kesihatan Lena Yusnita menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan sehingga kehilangan ibu jari kaki, sekali gus mengehadkan pergerakan dan menyukarkan urusan harian.

Prihatin dengan kesukaran yang dihadapi, Chee Kadir menyampaikan sebuah kerusi roda bagi membantu memudahkan pergerakan Lena Yusnita di kediamannya.

Beliau berharap sumbangan itu dapat meringankan beban keluarga serta memberi sedikit keselesaan kepada penerima dalam menjalani kehidupan seharian.

Chee Kadir turut menegaskan bahawa kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dan usaha menyantuni masyarakat akan diteruskan tanpa mengira latar belakang.

Katanya, pendekatan turun padang membolehkan pelbagai isu di peringkat akar umbi dikenal pasti dengan lebih dekat, sekali gus memudahkan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Program Ziarah Kasih itu turut mencerminkan keprihatinan beliau bersama isteri, Datin Meryani Yassin, dalam menyantuni masyarakat, khususnya pesakit dan golongan yang memerlukan perhatian.

Beliau juga mendoakan agar Lena Yusup @ Lena Yusnita Yusup diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan serta terus dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian hidup.

Inisiatif seumpama itu diharap dapat terus mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat, selain menyemai semangat prihatin serta saling membantu dalam kalangan komuniti.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak lulus RM1 juta melalui UNIFOR untuk pembangunan Gereja Saint Basil Batu Kawa
Next: Jelsi, Wan Syaedi juara Miss dan Mr Aura of Borneo 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.