Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Cerminan ‘polis, masyarakat berpisah tiada’
  • WILAYAH

Cerminan ‘polis, masyarakat berpisah tiada’

Utusan Sarawak 2 months ago
AMALAN BERSEDEKAH… Dato Henry Sum Agong, DSP Liong Tindan, Juruwati Bongsu serta yang lain mengagihkan bubur kacang melalui konsep pandu lalu di Lawas, semalam.

LAWAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas mengadakan Program Agihan Bubur Kacang sempena Ramadan di Jalan Trusan, semalam.
Program berkenaan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong.
Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan turut hadir bagi memeriahkan aktiviti tersebut, yang bermula pada 9.00 pagi.

Para pegawai, anggota IPD Lawas dan Persatuan Keluarga PolisĀ (PERKEP) IPD Lawas bergotong-royong dalam menyediakan dan mengagihkan bubur itu.
“Pada petang ini (semalam), agihan bubur kacang dilaksanakan di Jalan Trusan, berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Lawas.
“Program berkenaan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, 500 pek bubur kacang berjaya diagihkan kepada orang ramai,” jelasnya.

Menurut DSP Liong Tindan, program sebegini bukan sahaja memupuk semangat kebersamaan dalam masyarakat, malah mencerminkan semangat ‘polis dan masyarakat berpisah tiada’ yang saling memerlukan antara satu sama lain.
“Ramadan ini adalah bulan yang penuh keberkatan bagi umat Islam, melalui program seperti ini, kita dapat mengukuhkan lagi hubungan dalam pasukan polis,” ujarnya.

OLEH ADENG EDRUS

PENGHARGAAN… Dato Henry Sum Agong menerima cenderamata daripada DSP Liong Tindan semasa pengagihan bubur kacang di Lawas, semalam.

Continue Reading

Previous: Edar 30 pek makanan dalam tempoh satu jam menerusi program Singgah Sahur
Next: Gereja baharu: Kemudahan penduduk ditingkatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.