

SIBU: Program tahunan ‘Ketuk Sahur’ di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka diteruskan lagi tahun ini dengan pendekatan yang lebih inklusif apabila turut melibatkan kediaman penduduk bukan beragama Islam.
Hadir dalam program ini ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr. Annuar Rapa’ee bersama 20 peserta lain.
Menurut beliau, penganjuran program ini di kediaman masyarakat bukan Islam mencerminkan keharmonian kaum dan agama yang kukuh dalam kalangan penduduk Sibu khasnya dan Sarawak amnya.
“Pagi ini menandakan permulaan program ‘Ketuk Sahur’ di kawasan Nangka.
“Program ini diadakan untuk mengedarkan pek makanan kepada golongan yang memerlukan untuk sahur dan telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama JKKK Nangka,” katanya ditemui semasa program itu semalam.
Beliau dan rombongan bersahur di Rumah Catherine Ali Puteh, seorang pemimpin masyarakat beragama Kristian di Kampung Nangka.
Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Catherine atas kesudian menyambut kedatangan mereka dan menyediakan makanan untuk sahur.
Sebanyak 250 rumah di 10 lokasi yang berada di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah terlibat dalam program ini, menjadikannya antara program tahunan yang berjaya memperkukuhkan perpaduan dalam komuniti.
Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Nangka dan diadakan di Kampung Nangka dari 4.00 pagi hingga 5.30 pagi.-UKAS

IPD Bau adakan latihan pengendalian bot sebagai persediaan hadapi banjir
BAU, 11 November: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau mengadakan latihan dalam perkhidmatan membabitkan pengendalian bot dan enjin sangkut di

AZAM dekati komuniti Rumah Panjang Jelia Kawi, kenal pasti keperluan pembangunan
BINTULU, 11 November: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak mengadakan lawatan kerja dan sesi dialog bersama penduduk Rumah Panjang Jelia Kawi

Dewan terbuka Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang siap lebih awal daripada jadual
MIRI, 11 November: Projek pembinaan dewan terbuka baharu di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang yang dilaksanakan menerusi peruntukan RM300,000

Tempat berteduh Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah dijangka siap Mac 2027
MIRI, 11 November: Projek pembinaan tempat berteduh baharu di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu 1, Kuala Baram, yang dilaksanakan

