Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Cawangan Bersatu Langkawi dibubar
  • NASIONAL

Cawangan Bersatu Langkawi dibubar

Utusan Sarawak 5 years ago
TIMBALAN Ketua Bahagian PPBM Langkawi Shukor Bahari (tengah) dan Zamre Yahya menurunkan papan tanda parti setelah mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar dari parti tersebut berkuat kuasa serta-merta. • Foto BERNAMA

LANGKAWI: Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Langkawi Shukor Bahari mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar dari parti tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Turut sama meletakkan jawatan dan keluar parti ialah 22 daripada 25 ahli jawatankuasa (AJK) Bersatu Bahagian Langkawi.

Shukor berkata, susulan pengumuman itu, sebanyak 16 cawangan Bersatu Bahagian Langkawi yang melibatkan lebih 4,900 ahli turut terbubar secara automatik.

“Kami ahli Bersatu Langkawi, atas dasar dan sejajar dengan matlamat perjuangan untuk menghapuskan salah guna kuasa, rasuah (kleptokrasi) dan demi membina kemakmuran Malaysia yang mengutamakan agama, bangsa dan negara adalah dengan ini kami bersama sepakat untuk meletakkan segala jawatan di dalam parti Bersatu.

“Kami dengan rela hati tanpa ada paksaan mengisytiharkan keluar dari parti berkuat kuasa serta-merta,” kata dalam sidang media khas pembubaran Bersatu Bahagian Langkawi di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatan dan keluar parti itu ialah Puteri Fataharyati Harun (setiausaha), Zamre Yahya (ketua penerangan) dan Azlina Mansor (ketua Srikandi). – Bernama

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan PKP, ‘keputusan besar dan berani’
Next: Lompat parti: Perlu pinda Perlembagaan Persekutuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.