BINTANGOR: Seramai 200 murid, 25 guru dan lapan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) St Augustine (M) menyertai Program Latihan Kebakaran dan Pertolongan Cemas 2024. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, pihaknya mengendalikan ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api sempena program anjuran sekolah tersebut, kelmarin. “Program bermula dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. “Sepasukan bomba hadir bagi mengendalikan ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api,” katanya. Tambahnya, antara pengisian aktiviti yang turut dijalankan adalah latihan pengungsian bangunan. “Para peserta juga turut berpeluang belajar cara mengendalikan alat pemadam api. “Alhamdulillah, program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya. Oleh EARL ANEK
WILAYAH
JULAU: Dua anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan pemantauan di lokasi tanah susur, kelmarin. Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, kejadian tersebut berlaku di hadapan Rumah Tera Dana, Nanga Langu, Entabai. “Pihak kami menerima panggilan kecemasan dari Tuai Rumah Tera Dana sekitar 12.00 tengah hari semalam (kelmarin). “Bertindak dengan panggilan kecemasan, dua anggota bomba bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemantauan. “Setibanya di lokasi pada 1.48 petang, didapati tanah susur berlaku di hadapan rumah panjang, namun tidak menjejaskan struktur rumah. Jarak di antara tanah susur ke rumah panjang anggaran tujuh meter,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam. Katanya, anggota bomba memasang tali sawar-sawar berhampiran tanah susur tersebut. “Penghuni rumah panjang turut dinasihati untuk berjaga-jaga dan menghubungi pihak bomba sekiranya masih berlaku tanah susur. “Pemantauan di lokasi tanah susur selesai sepenuhnya pada 2.30 petang,” katanya. Oleh EARL ANEK
ROBAN: Kira-kira 18 guru serta pelajar dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Roban berjaya dipindahkan ke tempat...
MIRI: Seorang lelaki warga Indonesia yang dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang memancing di Sungai Asian Bridge Tol...
DEBAK: Belum pun sampai seminggu, tiga perkampungan Melayu di Debak kini sekali lagi dilanda banjir kilat, awal...
PADAWAN: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) membantu dua gereja dalam kawasan Puncak Borneo sebagai sokongan kepada...
SERIAN: Seorang lelaki berusia 57 tahun yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu, ditemui selamat oleh pasukan penyelamat,...
SIBU: Seramai 30 orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Ukur Bahan Kolej Laila Taib (KLT) telah...
KANOWIT: Seramai 10 orang pelajar bersama ibu bapa terkandas apabila jalan utama di Jalan Ulu Pedai di...
KANOWIT: Seramai 100 ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Nanga Tada Kanowit menyertai program rondaan yang dianjurkan oleh...
SIBU: Penjara Pusat Sibu (PPS) telah menganjurkan Program Pengujian Iqra dan al-Quran Peringkat Prospek PPS di Dewan...
SIBU: Seramai 24 Orang Bebas Berlesen (OBB) dari Penjara Pusat Sibu menjalani Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL)...