Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • CAP julung kali diadakan di Sarawak
  • TEMPATAN

CAP julung kali diadakan di Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago
KIBAR… Mohammad Ali Mahmud, Ajes Tuah bersama-sama dengan tetamu mengibarkan jalur gemilang di Majlis Program Merdeka @Komuniti Daerah Samarahan.

KOTA SAMARAHAN: Community Action Programme (CAP) adalah program yang pertama kali dianjurkan di Sarawak oleh Jabatan Penerangan Sarawak.

Program ini merupakan platform utama bagi jabatan untuk meningkatkan jaringan komunikasi dan perhubungan bersama komuniti setempat di samping mengeratkan kerjasama di antara agensi kerajaan.

Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Swady Guliling berkata, program ini dapat memberi peluang kepada masyarakat khususnya untuk bertukar pandangan dengan pakar dalam bidang berkaitan.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Ajes Tuah.

“Program CAP ini dapat menjadi medium pemudah cara bagi menyampaikan kehendak rakyat dan seterusnya mendapat penjelasan yang sewajarnya daripada pihak berkenaan.

Dalam pada itu, pelbagai program jabatan dilaksanakan seperti Info on Wheels (IOW) Merdeka yang sedang rancak dijalankan bersempena dengan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

“Program ini bertujuan untuk menyebarkan mesej kenegaraan dan memeriahkan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2020.

“Setakat 9 September lalu, Jabatan Penerangan Sarawak melaksanakan sebanyak 517 program IOW Merdeka di 612 lokasi di seluruh Sarawak,”katanya.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Mohammad Ali Mahmud, Pegawai Daerah Samarahan, Anuar Daan, dan Pegawai Penerangan Kota Samarahan, Abdul Talip Samsudin.

Swady juga berkata, dalam usaha menyemarakan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Jalur Gemilang, Jabatan Penerangan Malaysia turut merangka pelbagai aktiviti melalui program Merdeka@Komuniti di seluruh negara.

“Program ini merupakan program turun padang dan melibatkan komuniti setempat dalam usaha Jabatan Penerangan memasarkan maklumat mengenai dasar, inisiatif dan pencapaian kerajaan.

“Saya percaya dengan penganjuran program yang dilaksanakan hari ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan serta memperkukuhkan jaringan komunikasi antara kerajaan dan masyarakat serta memupuk semangat perpaduan,” katanya.

Continue Reading

Previous: Tenggiling dilepaskan semula ke hutan
Next: Sarawak bekal aset kepada pegawal pantai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.