Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Calon SPM terlibat bencana alam dinasihat maklumkan kepada sekolah, JPN – KPM
  • PENDIDIKAN

Calon SPM terlibat bencana alam dinasihat maklumkan kepada sekolah, JPN – KPM

Utusan Sarawak 21 hours ago
KPM menjelaskan pihaknya sentiasa cakna terhadap keselamatan serta kebajikan calon dan petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam, khususnya banjir menjelang peperiksaan SPM 2025.

PUTRAJAYA: Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 yang terlibat atau terkesan akibat bencana alam dinasihatkan supaya memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh menghubungi bilik gerakan Lembaga Peperiksaan atau JPN di seluruh negara.

KPM menjelaskan pihaknya sentiasa cakna terhadap keselamatan serta kebajikan calon dan petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam, khususnya banjir menjelang peperiksaan SPM 2025.

Sehubungan itu, KPM sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam serta agensi berkaitan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.

“KPM sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan komited melaksanakan langkah persediaan serta prosedur operasi standard (SOP) sewajarnya bagi memastikan peperiksaan SPM 2025 dapat diteruskan dengan lancar dan teratur.

“KPM juga mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Penubuhan MPN disokong penuh untuk pembangunan pendidikan negara
Next: Dynamic Kuching anjur pertandingan mewarna dan ceramah kesedaran influenza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.