Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Cahya Mata raih kontrak reka, bina pusat konvensyen bernilai RM550 juta
  • BISNES

Cahya Mata raih kontrak reka, bina pusat konvensyen bernilai RM550 juta

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ILUSTRASI artis Pusat Konvensyen Borneo Kuching II.

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik 51 peratus Cahya Mata Sarawak Bhd, CMS Land Sdn Bhd meraih kontrak mereka bentuk dan pembinaan bernilai RM550 juta daripada kerajaan negeri Sarawak.

Kontrak tersebut bagi membangunkan Borneo Convention Centre Kuching II di Daerah Muara Tebas, Kuching, Sarawak.

Cahya Mata dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kontrak itu merangkumi mereka bentuk dan pembinaan keseluruhan projek termasuk kerja asas, struktur bawah tanah, struktur atas, kerja bangunan, perkhidmatan mekanikal dan elektrikal, kerja hiasan dalaman, ujian serta pengoperasian.

“Projek ini dimulakan pada April 2025 dan dijangka siap pada suku pertama 2028. Kontrak reka bentuk dan pembinaan tersebut dijangka dimeterai pada suku kedua 2025,” katanya.

Cahya Mata berkata cabaran yang dijangka dihadapi bagi projek berkenaan berkemungkinan berkaitan dengan rantaian bekalan disebabkan ketidaktentuan perdagangan global.

Namun begitu, syarikat berkata, ia berada dalam kedudukan yang kukuh untuk menangani isu-isu tersebut berikutan sinergi yang disediakan oleh anak syarikat utamanya seperti Cahya Mata Cement, perniagaan konkritnya serta bahagian bahan binaan dan cabang dagangannya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir enam bulan
Next: Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tertinggi baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.