Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Cadangan diusul ke EPU untuk kelulusan JPM
  • SEMASA

Cadangan diusul ke EPU untuk kelulusan JPM

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGGULUNGAN… Dato’ Sri Fadillah Yusof semasa sesi penggulungan bagi Kementerian Kerja Raya pada Persidangan Dewan Rakyat, semalam.

KUALA LUMPUR: Cadangan menaik taraf keseluruhan jalan dari persimpangan Bintulu ke Samalaju kepada dua lorong dua hala akan dicadang dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, kementeriannya akan berbincang dan memanjangkan cadangan tersebut ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk kelulusan.

Sementara itu jelasnya, Kementerian Kerja Raya (KKR) mengambil maklum dan amat prihatin terutamanya yang melibatkan aspek keselamatan terutamanya melibatkan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.

“KKR telah mengadakan sesi pemeriksaan baru-baru ini dan mengenal langkah penambahbaikan khususnya dari aspek Pelan Pengurusan Trafik dan Audit Keselamatan Jalan.

“Berikutan itu, JKR Sarawak selaku Pegawai Penguasa akan menggiatkan lagi pemantauan berterusan bagi memastikan pelaksanaan projek mengikut spesifikasi, kualiti dan selamat digunakan oleh pengguna jalan raya di sepanjang jajaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak,” katanya.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata demikian pada semasa sesi penggulungan bagi KKR pada Persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Tambahnya, KKR melalui Pegawai Penguasa Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sentiasa meneliti dan berbincang dari semasa ke semasa bagi melaksanakan langkah penambahbaikan untuk meningkatkan aspek keselamatan di sepanjang jajaran projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang sedang dibina.

Continue Reading

Previous: Lebih banyak Pusat Kesihatan Komuniti diwujudkan
Next: Klinik Kesihatan Kelas 3 Serian siap Jun 2022

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.