Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Cacar Monyet: Belanda catat 6 kes, Maghribi 3 kes
  • GLOBAL

Cacar Monyet: Belanda catat 6 kes, Maghribi 3 kes

Utusan Sarawak 3 years ago

VAKSINASI cacar monyet hanya akan ditawarkan di Perkhidmatan Kesihatan Perbandaran kepada mereka yang berisiko tinggi dijangkiti.

THE HAGUE: Bilangan kes cacar monyet yang menjangkiti manusia meningkat kepada enam di Belanda, umum Institut Kesihatan Awam dan Alam Sekitar (RIVM) pada Isnin.

Kes pertama disahkan pada Jumaat lepas, lapor Xinhua.

“Sebahagin kes melibatkan pengunjung yang menghadiri festival Darkland di Belgium dan terdiri daripada lelaki yang mengadakan hubungan sejenis,” menurut RIVM.

RIVM meminta kontak rapat untuk melakukan kuarantin kendiri dan vaksinasi hanya akan ditawarkan di Perkhidmatan Kesihatan Perbandaran kepada mereka yang berisiko tinggi dijangkiti.

Sementara itu, Maghribi pada Isnin turut mengesan tiga kes yang disyaki melibatkan jangkitan cacar monyet.

Ketiga-tiga kes itu kini dalam pemantauan dan pesakit berada dalam keadaan sihat serta telah melalui analisis perubatan, menurut Kementerian Kesihatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini telah mengesahkan kes cacar monyet di 12 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Britain, Sepanyol, Portugal, Jerman, Belgium, Itali, Belanda, Perancis dan Sweden.

Kes berkenaan tidak termasuk 21 negara di benua Afrika yang penyakit itu sudah pun dianggap endemik. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tujuh maut feri terbakar
Next: Ribut pasir ‘mengganas’ di Arab Saudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.