Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Cabaran ‘Bung Sadung Climbathon’ ditunda
  • SUKAN

Cabaran ‘Bung Sadung Climbathon’ ditunda

Utusan Sarawak 5 years ago
GAMBAR fail pendakian pada 2019. Edisi tahun ini ditangguhkan.

KUCHING: Edisi ketiga Cabaran Bung Sadung Climbathon yang dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos nanti ditunda.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan penganjur climbathon mengatakan penangguhan disebabkan oleh penularan Covid-19 dan sebagai langkah keselamatan berikutan acara pendakian yang semakin popular sejak pertama kali dimulakan pada 2018 dijadualkan pada tarikh ketika pandemik reda kelak.

Mereka yang sebelumnya telah mendaftar penyertaan mereka untuk pendakian tahun ini akan dibayar ganti rugi.

“Sangat merugikan pendakian tidak akan berlangsung tahun ini tetapi keselamatan dan kesejahteraan para peserta dan masyarakat adalah keutamaan.

“Kami perlu melakukan peranan kami untuk membantu menghentikan penularan Covid-19,” kata jurucakap jawatankuasa penganjur.

Pendakian tahun ini dianjurkan oleh jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Bunga dengan kerjasama Majlis Daerah Serian dan disokong oleh Pejabat Residen Serian dan Kelab Sukan dan Rekreasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat Kesutar.

Untuk pertanyaan lebih lanjut, urusetia boleh dihubungi di talian 017-3068596 atau melalui laman Facebook Bung Sadung, Serian Sarawak dan dengan melayari laman web http://bungsadung.com.

Continue Reading

Previous: Dortmund mahu ‘lepas geram’
Next: Safri tunggu tiket balik raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.