Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dijangka mengukuh minggu depan, disokong sentimen global yang semakin pulih
  • BISNES

Bursa Malaysia dijangka mengukuh minggu depan, disokong sentimen global yang semakin pulih

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, disokong oleh sentimen risiko global yang lebih baik berikutan petunjuk ketegangan geopolitik yang mereda.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pasaran dijangka mula menunjukkan keadaan yang sering digambarkan sebagai “pola paras tertinggi sepanjang masa”, didorong oleh kebimbangan mengenai pembetulan dalam masa terdekat. 

“Ini sering membawa kepada aktiviti pengambilan untung lebih awal atau menangguhkan untuk memasuki pasaran, yang boleh mengehadkan momentum kenaikan buat sementara waktu walaupun terdapat asas yang menyokong.

“Oleh itu, walaupun sentimen global adalah lebih baik, aliran modal rentas sempadan dijangka kekal bersifat selektif berbanding menyeluruh,” katanya kepada Bernama.

Pada peringkat domestik, Mohd Sedek berkata pasaran menunjukkan tanda-tanda awal aliran meningkat, dengan FBMKLCI sebahagian besarnya kekal dalam jajaran kecil.

Beliau berkata aliran meningkat yang berterusan dalam indeks FBM70 dan indeks permodalan kecil minggu lepas menunjukkan penyertaan pasaran yang meluas dan kembalinya kesediaan untuk mengambil risiko secara berhati-hati.

“Bagaimanapun, apabila pasaran semakin baik dan prospek menjadi lebih jelas, kecairan dijangka beralih semula kepada saham permodalan besar, menyediakan asas yang lebih kukuh untuk FBMKLCI melepasi julat dagangan semasanya,” katanya.

Bagi minggu baru berakhir, Bursa Malaysia diniagakan kebanyakannya tinggi sejajar dengan bursa serantau.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI meningkat 3.90 mata kepada 1,695.21 daripada 1,691.31 dicatatkan minggu lepas.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 91.55 mata kepada 12,351.21, Indeks FBM Emas naik 105.51 mata kepada 12,518.17, Indeks FBM Emas Shariah menokok 158.73 mata kepada 12,448.06, Indeks FBM ACE melonjak 169.67 mata kepada 4,599.65 dan Indeks FBM Mid 70 meningkat 402.76 mata kepada 17,723.73.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 30.01 mata kepada 19,814.67, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menokok 2.13 mata kepada 188.04 dan Indeks Tenaga meningkat 2.52 mata kepada 815.77 manakala Indeks Perladangan merosot 38.59 mata kepada 8,928.66.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 16.35 bilion unit bernilai RM14.87 bilion daripada 15.14 bilion unit bernilai RM14.39 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menurun kepada 8.97 bilion unit bernilai RM13.41 bilion daripada 9.44 bilion unit bernilai RM13.32 bilion sebelum ini.

Jumlah dagangan waran naik kepada 4.58 bilion unit bernilai RM585.74 juta daripada 4.28 bilion unit bernilai RM529.01 juta minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 2.80 bilion unit bernilai RM873.03 juta daripada 1.40 bilion unit bernilai RM544.66 juta pada minggu sebelumnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Edwin Gerard rakyat Malaysia pertama terajui operasi tempatan Vale Minerals
Next: Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar AS minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.