Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi dipacu belian saham harga rendah
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi dipacu belian saham harga rendah

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa berikutan aktiviti pembelian saham murah walaupun pretasi Wall Street bercampur-campur, kata seorang penganalisis.

Pada 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.14 mata kepada 1,700.98 berbanding 1,700.84 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks utama itu dibuka 2.26 mata lebih tinggi pada 1,703.10.

Sentimen pasaran keseluruhannya negatif berikutan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 206 berbanding 110, manakala 277 kaunter tidak berubah, 2,133 kaunter tidak diniagakan dan 13 kaunter digantung dagangan.

Jumlah dagangan berjumlah 204.88 juta saham bernilai RM97.94 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Purata Perindustrian Dow Jones ditutup lebih tinggi, manakala Nasdaq dan S&P 500 ditutup lebih rendah disebabkan oleh penjualan saham teknologi.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng susut di bawah 23,800 apabila dana keluar daripada saham teknologi dalam persekitaran ketidakpastian mengenai rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Di peringkat tempatan, FBM KLCI turun sedikit namum melebihi paras 1,700, kebanyakannya disebabkan oleh penjualan meluas oleh dana asing pada Isnin.

“Untuk hari ini, kami menjangkakan dagangan akan kekal perlahan dengan indeks dijangka diniagakan dalam julat 1,695-1,705,” kata Thong kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi, Sunway naik enam sen kepada RM5.33, manakala Tenaga Nasional menambah 8.0 sen kepada RM14.58 dan Sunway Healthcare menokok satu sen kepada RM1.85, Maybank melonjak empat sen kepada RM11.00 dan SD Guthrie meningkat dua sen kepada RM6.12.

Bagi saham aktif, HSS Holdings naik 1.0 sen kepada 19 sen, Zetrix AI dan OCR tidak berubah masing-masing pada 78.5 sen dan 4.0 sen, manakala Nova MSC dan VS Industry merosot setengah sen masing-masing kepada 7.0 sen dan 19.5 sen.  

Kaunter paling untung menyaksikan Ajinomoto naik RM3.78 kepada RM18.98, manakala Skyechip, Tenaga dan Hong Leong Financial Group menambah 8.0 sen masing-masing kepada RM3.44, RM14.58 dan RM18.52 manakala SAM Engineering menokok enam sen kepada RM5.25.

Antara kaunter paling rugi, Malaysian Pacific Industries (MPI) susut 56 sen kepada RM48.28, manakala Kellington dan Petronas Chemicals menguncup 10 sen masing-masing kepada RM7.62 dan RM4.17, manakala MI Technovation dan Vitrox turun sembilan sen masing-masing kepada RM4.73 dan RM7.37. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 8.26 mata kepada 12,594.53, Indeks FBM Top 100 turun 7.40 mata kepada 12,429.21 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 17.97 mata kepada 12,467.52, Indeks FBM Mid 70 menguncup 46.60 mata kepada 17,990.49 manakala Indeks FBM ACE merosot 9.97 mata kepada 4,782.68.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 14.06 mata kepada 20,015.32, Indeks Perladangan naik 7.33 mata kepada 8,864.39, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.73 mata kepada 188.06, manakala Indeks Tenaga menguncup 2.19 mata kepada 760.67. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan rundingan damai di Asia Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.