Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong sentimen positif
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong sentimen positif

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026 Malaysia yang lebih kukuh daripada jangkaan dan berkembang sebanyak 5.4 peratus, mengatasi anggaran awal 5.3 peratus.

Pada Jumaat lepas, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan KDNK suku pertama 2026 yang lebih kukuh daripada jangkaan didorong oleh permintaan domestik, aktiviti pelaburan dan eksport yang kukuh.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 1.37 mata kepada 1,741.59 daripada 1,740.22 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.72 mata kepada 1,741.94.

Bagaimanapun, dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 380 berbanding 184 manakala 300 kaunter tidak berubah, 1,850 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 308.91 juta saham bernilai RM177.18 juta.

Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata prestasi KDNK suku pertama 2026 Malaysia yang lebih kukuh daripada jangkaan mengukuhkan lagi keyakinan terhadap daya tahan ekonomi domestik, yang disokong oleh penggunaan swasta yang teguh, keadaan pasaran buruh yang stabil dan momentum perbelanjaan isi rumah yang berterusan.

“Angka pertumbuhan terkini menunjukkan permintaan domestik kekal sebagai tonggak penstabil yang kritikal untuk ekonomi meskipun berdepan dengan ketidaktentuan luaran yang berterusan.

“Bagaimanapun, angka KDNK yang lebih kukuh ini tidak menggambarkan Malaysia terlindung sepenuhnya daripada risiko global yang semakin meningkat, terutamanya ketegangan geopolitik di negara-negara ekonomi utama dan kenaikan semula harga minyak mentah global kebelakangan ini.

“Kedua-dua faktor ini berpotensi mempengaruhi jangkaan inflasi, dinamik fiskal dan sentimen perdagangan luar,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan indeks berkenaan akan berlegar dalam julat 1,735-1,750 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat dua sen kepada RM11.12, Tenaga Nasional melonjak 10 sen kepada RM14.64, IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM9.07, manakala Public Bank dan CIMB masing-masing menyusut tiga sen kepada RM4.88 dan RM7.85.

Bagi saham paling aktif, GIIB naik satu sen kepada 30 sen, Top Glove meningkat 2.5 sen kepada 80.5 sen, manakala AirAsia X, Gold Li dan Zetrix AI masing-masing susut 2.0 sen kepada RM1.13, 11 sen dan 82.5 sen.

Kaunter paling untung termasuk Nestle yang melonjak RM1.20 kepada RM101.40, Tong Herr Resources meningkat 23 sen kepada RM1.85, Petronas Dagangan menokok 22 sen kepada RM20.52, manakala Petronas Chemicals dan UMS Integration masing-masing menambah 21 sen kepada RM5.80 dan RM8.84.

Antara kaunter paling rugi, Malaysia Pacific Industries menyusut 90 sen kepada RM43.20, Hong Leong Financial Group merosot 32 sen kepada RM18.52, Pentamaster susut 17 sen kepada RM4.23, manakala Kelington dan Unisem masing-masing rendah 16 sen kepada RM6.80 dan RM3.84.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 18.79 mata kepada 12,876.08, Indeks FBM Top 100 merosot 16.70 mata kepada 12,716.61, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 3.01 mata kepada 12,825.86, Indeks FBM Mid 70 turun 138.69 mata kepada 18,366.32 dan Indeks FBM ACE menyusut 36.09 mata kepada 4,706.65.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan rendah 52.25 mata kepada 20,202.06, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.61 mata kepada 200.56, Indeks Tenaga menambah 2.79 mata kepada 811.68 dan Indeks Ladang melonjak 29.19 mata kepada 8,614.62.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam sentimen pasaran berhati-hati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.