Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Utusan Sarawak 6 hours ago
FBM KLCI dibuka lebih kukuh pada sesi pagi didorong prestasi positif Wall Street.

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, didorong oleh sentimen pelabur yang semakin baik, menjejaki prestasi Wall Street yang sebahagian besarnya positif pada Jumaat lepas.

Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.13 mata kepada 1,680.18 daripada 1,679.05 semasa ditutup Jumaat lepas. Indeks itu dibuka meningkat 3.35 mata kepada 1,682.40.

Bagaimanapun, sentimen pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 190 berbanding 144 manakala 316 kaunter tidak berubah, 2,000 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 131.52 juta saham bernilai RM66.48 juta.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee berkata Wall Street ditutup kebanyakannya tinggi pada Jumaat lepas berikutan indeks niaga hadapan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan peningkatan berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah semakin reda susulan data pekerjaan AS bagi Mei adalah lebih rendah berbanding jangkaan.

“Dengan jangkaan kenaikan kadar faedah yang semakin reda, peniaga dijangka kembali meningkatkan pembelian saham,” katanya kepada Bernama dengan menjangka indeks bergerak dalam julat 1,675 hingga 1,695 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah empat sen kepada RM10.84, CIMB Group meningkat satu sen kepada RM7.61, dan IHH Healthcare meningkat satu sen kepada RM8.16 manakala Public Bank susut satu sen kepada RM4.88 dan Tenaga Nasional tidak berubah pada RM14.28.

Bagi saham paling aktif, AMS Advanced Material meningkat lapan sen kepada 49.5 sen, GIIB Holdings naik 1.5 sen kepada 51.5 sen dan EI Power menambah 1.5 sen kepada 73 sen manakala Nexgram Holdings susut setengah sen kepada 4.5 sen dan Zetrix AI menyusut 1.5 sen kepada 77.5 sen.

Kaunter paling untung termasuk United Plantations yang menambah 14 sen kepada RM33.26, PTT Synergy meningkat sembilan sen kepada RM1.59, Petronas Dagangan naik enam sen kepada RM19.32 manakala Paragon Union dan Apollo Food masing-masing menambah empat sen kepada RM1.74 dan RM6.20.

Antara saham paling rugi, Nestle berkurangan 52 sen kepada RM90.68, Malaysian Pacific Industries susut 48 sen kepada RM47.30, Hong Leong Bank menyusut 10 sen kepada RM21.72, Kelington Group rendah 10 sen kepada RM7.90, dan Vitrox Corporation susut lapan sen kepada RM7.72.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 4.91 mata kepada 12,461.92, Indeks FBMT 100 naik 4.83 mata kepada 12,288.13, dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 1.02 mata kepada 12,293.25 manakala Indeks FBM 70 berkurangan 7.50 mata kepada 17,832.86 dan Indeks FBM ACE menambah 1.48 mata kepada 4,896.09.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 17.27 mata kepada 19,849.23, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.01 mata kepada 182.43, Indeks Tenaga menyusut 0.73 mata kepada 757.87 dan Indeks Perladangan meningkat 4.16 mata kepada 8,973.70.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.