Bungkusan ditemui, bukan bom. Seorang lelaki ditahan

Facebook
WhatsApp
Bungkusan mengandungi kertas, plastik dan tasbih.

MIRI: Polis mengesahkan dua bungkusan yang dijumpai di salah sebuah masjid di Senadin di sini tengah hari semalam yang didakwa menyerupai bom, tidak mempunyai unsur letupan.

Ketua Polis Daerah Miri, Alexson Naga Chabu berkata hasil siasatan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Daerah Miri  di lokasi berkenaan mendapati bungkusan itu hanya mengandungi kertas, plastik dan tasbih.

“Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen Kanun 298/506 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan ugutan jenayah berunsur keagamaan.

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam