Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bunga mekar di Miri cipta suasana musim bunga
  • Utara
  • WILAYAH

Bunga mekar di Miri cipta suasana musim bunga

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENARIK… Pokok tabebuia yang mekar menghiasi beberapa lokasi sekitar bandar raya Miri.

MIRI: Beberapa deretan pokok tabebuia yang mekar menghiasi beberapa lokasi di sekitar bandar raya Miri, sekali gus mencetuskan suasana seolah-olah berada di destinasi popular musim bunga di luar negara.

Fenomena tahunan itu memperlihatkan bunga berwarna merah jambu, putih, ungu dan kuning mekar indah, sekali gus menarik perhatian orang ramai untuk menikmati pemandangan unik sambil merakam kenangan.

Antara lokasi yang menjadi perhatian termasuk kawasan rekreasi di Marina Park serta beberapa jalan utama di bandar raya Miri yang berubah wajah menjadi lebih ceria dan mempesona.

Rata-rata penduduk meluahkan rasa teruja apabila kawasan sekitar berubah menjadi lebih indah dengan panorama bunga mekar yang mempesonakan.

Menurut seorang penduduk, Shirley Kong, 42, pemandangan berkenaan memberi peluang kepada orang ramai merakam gambar serta menikmati keindahan alam tanpa perlu ke luar negara.

“Memang cantik dan menenangkan. Rasa seperti berada di negara empat musim,” katanya.

Bagi seorang lagi penduduk, Jonathan Ling, 53, fenomena itu turut memberi nilai tambah kepada Miri sebagai bandar raya pelancongan.

“Bunga ini bukan sahaja mencantikkan bandar, tetapi juga menarik ramai orang datang bergambar dan bersantai. Ia antara keunikan Miri yang patut dibanggakan,” ujarnya.

Oleh: Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Belia diseru jadi ejen perubahan, perkukuh kepimpinan masa depan
Next: Kemudahan asas luar bandar Bintangor terus diperkasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.