Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bunga kait tarikan baharu sempena Hari Valentine
  • TEMPATAN

Bunga kait tarikan baharu sempena Hari Valentine

Utusan Sarawak 2 years ago

ISTIMEWA… Antara bunga kait yang dihasilkan Shirley Alik sempena Hari Valentine.

KUCHING: Hanya mengait bunga untuk mengisi masa lapang, kraftangan bunga kait atau ‘crochet flower’ yang dihasilkan Shirley Alik, 36, menjadi tarikan sempena sambutan Hari Valentine.

Shirley, Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak berkata, beliau mengait tiga jenis bunga iaitu bunga ros, tulip dan bunga ‘forget me not’ di mana ketiga-tiga bunga tersebut dapat dijadikan hadiah buat yang tersayang atau dijadikan hiasan.

“Saya mula menceburi bidang ini sejak Oktober tahun lepas dan inspirasi untuk mengait bunga ini timbul semasa saya menghadiri majlis konvokesyen suami pada tahun lepas.

“Saya terdetik untuk meneruskan bisnes bunga kait ini kerana saya sedar ia berlainan daripada bunga plastik yang biasa dijual manakala bunga yang segar dijual agak mahal dan tidak tahan lama,” kata wanita berbangsa Bidayuh tersebut ketika ditemu bual Utusan Sarawak.

Menurutnya lagi, setakat ini beliau hanya menjual bunga tersebut pada skala kecil namun turut mendapat sambutan dari rakan-rakan sekerja dan orang ramai yang membelinya sempena Hari Valentine.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Pelihara seni warisan tradisi kian pupus menerusi lukisan – Gerald Goh
Next: Lima masjid, surau tingkatkan sosioekonomi menerusi pertanian pintar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.