
KOTA KINABALU, 30 Sept -- Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Bung Moktar Radin merangkap Menteri Kerja Raya Sabah memeriksa fail dokumen sebaik sahaja memasuki pejabatnya di Kementerian Kerja Raya Sabah hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah I merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin semalam memulakan tugas rasmi di kementerian pagi semalam.
Beliau tiba di pejabat Kementerian Kerja Raya di sini, sebelum mengetip kad perakam waktu pada 9.57 pagi bagi memulakan tugas di kementerian itu.
Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil bersama warga kementerian itu.
Bung Moktar kemudian diberi taklimat oleh pegawai kementerian berkenaan.