Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Buffon catat rekod 648 penampilan
  • SUKAN

Buffon catat rekod 648 penampilan

Utusan Sarawak 5 years ago
GIANLUIGI Buffon antara penjaga gawang terhebat sepanjang zaman.

GIANLUIGI Buffon mencatat rekod baharu apabila melakukan 648 penampilan di Serie A ketika Juventus menewaskan Torino 4-1 di Turin.

Dengan kemenangan itu Juventus kini memiliki kelebihan tujuh mata di tangga teratas liga selepas pencabar terdekat, Lazio tewas di tangan AC Milan.

Penjaga gol berusia 42 tahun itu mengatasi rekod 647 penampilan yang diraih legenda AC Milan, Paolo Maldini selepas dia membarisi kesebelasan utama di Stadium Allianz.

“Dia pasti tidak mampu untuk mengatasi rekod jaringan gol,” kata jurulatih, Maurizio Sarri kepada Sky Sport Itali ketika ditanya jika Buffon mampu beraksi 35 perlawanan lagi untuk menyamai rekod Alessandro Del Piero yang muncul pemain paling terbanyak melakukan penampilan untuk Juventus.

Cristiano Ronaldo adalah antara yang pernah melakar rekod apabila muncul pemain Juventus pertama menjaringkan 25 gol dalam tempoh semusim di Serie A selepas 59 tahun dengan skuad bimbingan Sarri kini semakin kukuh di tangga teratas selepas Lazio tewas 0-3 di tangan AC Milan.

“Kami bermula dengan tidak kemas pada separuh masa kedua tetapi apabila mula merasai kepenatan, ia meningkatkan kualiti pemain,” kata Sarri.

Buffon yang menghabiskan musim lalu di kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) sebelum menyertai semula Juventus musim ini, menandatangani lanjutan kontrak selama setahun lagi awal minggu lalu.

Rekod itu berjaya dicapai 25 tahun selepas Buffon melakukan penampilan pertama di Serie A untuk Parma dan 19 tahun selepas kali pertama dia beraksi bersama Juventus. – AFP

Continue Reading

Previous: Bentuk pasukan lebih awal
Next: Luqman mampu gegar Belgium

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.