Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • Budaya bermukun perlu dipertahankan – Abang Johari 
  • UMUM

Budaya bermukun perlu dipertahankan – Abang Johari 

Utusan Sarawak 6 months ago

BERTANDAK....Orang ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (kanan) meriahkan acara bermukun. Foto Jabatan Penerangan Sarawak.

KUCHING: Budaya bermukun, satu daripada tradisi seni persembahan yang menggabungkan tarian, pukulan gendang, dan balas pantun dalam kalangan masyarakat Melayu di Borneo, perlu dipertahankan agar tidak lenyap ditelan zaman, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata pada masa dahulu, bermukun adalah bentuk hiburan yang sering dipersembahkan dalam majlis perkahwinan di kampung. Selain itu, ia juga menjadi medium bagi golongan bujang dan dara untuk mencari jodoh.

“Mak gendang memainkan peranan penting, bergendang sambil berbalas pantun yang penuh dengan kiasan. Itulah budaya Melayu, dan saya percaya ia juga budaya masyarakat di Borneo,” katanya.

Beliau menambah, “Apabila bermukun, secara automatik boleh berbalas pantun.

“Itulah kehebatan mak gendang. Bukan sahaja untuk berkenalan, tetapi juga untuk menyindir dalam bentuk pantun,” katanya dalam ucapannya pada majlis Malam Segulai Sejalai Bermukun Se-Borneo di sini, malam tadi.

Bermukun Se-Borneo 2024 ialah program yang memartabatkan seni budaya bermukun dalam kalangan masyarakat serantau, melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Brunei melalui kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM), Radio Republik Indonesia (RRI), dan Radio Televisyen Brunei (RTB).

Sejak dimulakan pada 2000, kerjasama serumpun tiga negara ini menjadi platform penting dalam membina masyarakat yang berjati diri kukuh, memelihara warisan budaya, serta menanam rasa prihatin terhadap sumbangan seni dan budaya.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Rangka pesawat dalam video, gambar bukan milik TUDM
Next: Pengguna jalan raya diminta lebih berhati-hati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.