Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • BSN umum pemenang ketiga
  • BISNES

BSN umum pemenang ketiga

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 3 Oktober 2020 mengumumkan pemenang ketiga bagi Cabutan Khas Kesetiaan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN SSP) bagi September 2020.

Dayang Awa Abang Lingkeu dari Sarawak membawa pulang kereta Proton X70 selepas diumumkan sebagai pemenang bertuah tersebut menerusi siaran langsung di laman Facebook bank itu yang diadakan di Wisma BSN.

Cabutan tersebut diadakan setiap tiga bulan sekali iaitu pada Mac, Jun, September dan Disember 2020 serta terbuka kepada penyimpan yang mempunyai BSN SSP dengan simpanan minimum RM10 dan tempoh simpanan minimum 5 tahun dan ke atas.

Sementara itu, Thivyah Subramaniam dari Selangor dan Nur Alya Irdina Ahmad Mokhry dari Kedah/Perlis memenangi hadiah utama dalam Cabutan Khas Generasi Z berupa simpanan tunai BSN SSP bernilai RM25,000 setiap satu.

Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani berkata dalam satu kenyataan, ganjaran tersebut diharap dapat membantu membiayai perbelanjaan pendidikan para pemenang pada masa akan datang.

Beliau berkata, BSN akan terus menggalakkan amalan menyimpan terutamanya ketika keadaan genting seperti tempoh pandemik Covid-19 ketika ini.

“Meskipun perjuangan kita dalam menangani Covid-19 belum berakhir, BSN tetap setia dalam melaksanakan peranan yang dimandatkan oleh kerajaan untuk terus menyeru agar rakyat Malaysia memperkasakan amalan menyimpan serta cekal dalam menghadapi cabaran yang melanda,” katanya.

Senarai para pemenang boleh disemak dil laman sesawang BSN www.mybsn.com.my atau laman Facebook BSN di BSN Malaysia.- Bernama

Continue Reading

Previous: PLUS rugi RM400 juta
Next: Syarikat Jepun teroka sektor kesihatan, teknologi digital di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.