
Brazilian Liliane Tavares de Moura, a church community volunteer from the Educandos riverside community in Manaus, prepares to distribute face masks to her neighbors during the COVID-19 coronavirus pandemic in Manaus, Brazil on May 26, 2020. - The Nossa Senhora Perpetuo Socorro church has been handing out masks to impoverished members of its community to assist in the fight against the spread of the novel coronavirus. (Photo by MICHAEL DANTAS / AFP)

RIO DE JANEIRO: Brazil merekodkan 1,039 kematian dalam tempoh 24 jam, kali empat angka kumulatifnya melebihi 1,000 sejak jangkitan pandemik itu mula meningkat di negara itu, seminggu lalu.
Mengikut Kementerian Kesihatan, negara terbesar Amerika Latin itu menjadi pusat terbaharu pandemik dengan jumlah keseluruhan 24,512 kematian.
Dengan populasi seramai 210 juta penduduk, Brazil merekodkan 391,222 jangkitan, jumlah kedua terbesar selepas Amerika Syarikat (AS).
Negara itu kini bergelut dengan cara untuk menghadapi pandemik itu.
Presiden haluan kanan, Jair Bolsonaro, bagaimanapun, dilihat tidak memperbesarkan virus itu dan memilih untuk tidak mengambil langkah tinggal di rumah, dengan alasan kemelesetan ekonomi akan menyebabkan lebih banyak kerugian berbanding virus berkenaan. – AFP