Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BPHB sumbang 200 bakul makanan untuk mangsa banjir di Tatau
  • Utara
  • WILAYAH

BPHB sumbang 200 bakul makanan untuk mangsa banjir di Tatau

Utusan Sarawak 3 months ago

Maslihah menyampaikan sekampit beras kepada Calvin sebagai simbolik penyerahan sumbangan bakul makanan kepada mangsabanjir.

TATAU: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) menyumbang 200 bakul makanan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tatau untuk membantu mangsa banjir yang terjejas.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus Besar Perhubungan Pihak Berkepentingan BPHB, Maslihah Tioh, kepada Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong di Pejabat Daerah Tatau di sini hari ini.

Maslihah berkata, sumbangan bertujuan meringankan beban mangsa banjir itu akan diagihkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tatau.

Sementara itu, Calvin menzahirkan rasa terima kasih kepada BPHB atas sokongan yang diberikan dan mengiktiraf usaha syarikat tersebut dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat bagi membantu masyarakat yang terjejas.

Untuk makluman, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Dewan Tatau ditutup semalam setelah beroperasi selama 14 hari bermula pada 29 Januari lalu.

Continue Reading

Previous: Pergerakan Pemuda PBB Lingga ziarah ahli selesai jalani pembedahan
Next: Tiga kampung di daerah Beluru masih ditenggelami air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.