Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bot nelayan guna radas tamat tempoh ditahan di perairan Samalaju
  • JENAYAH

Bot nelayan guna radas tamat tempoh ditahan di perairan Samalaju

Utusan Sarawak 2 months ago
SEBUAH bot nelayan tempatan ditahan oleh APMM di perairan Samalaju kerana radas telah tamat tempoh.

BINTULU: Sebuah bot nelayan tempatan yang dipercayai beroperasi menggunakan radas komunikasi yang telah tamat tempoh telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu dalam satu rondaan, petang semalam.

Menurut Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah, bot tersebut dikesan sekitar 6.30 petang pada kedudukan 2.5 batu nautika di utara perairan Samalaju ketika pasukan Maritim Malaysia menjalankan Operasi Khas Pagar Laut 1/2025, Op Tiris 3.0 dan Op Permai 01/2019.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati bot itu dikendalikan oleh lima kru lelaki warga Indonesia termasuk seorang nakhoda, berusia antara 19 hingga 50 tahun.

“Bot berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 apabila lesen penguntukan radas didapati telah tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LIMA individu warga Indonesia turut ditemui semasa pemeriksaan dilakukan ke atas bot nelayan berkenaan.

Bot terbabit bersama semua dokumen berkaitan telah ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.

Dalam kenyataan sama, Muhammad Suffian turut mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan memastikan semua dokumen serta peralatan bot berada dalam keadaan sah sebelum menjalankan sebarang aktiviti di laut.

Sebarang aduan, maklumat atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 999, Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314254, atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di 082-432544 untuk tindakan segera.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Remaja dilaporkan hilang ditemui selamat
Next: Polis cekup perompak kedai serbaneka kurang 24 jam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.