Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bot karam: Mayat lelaki warga emas ditemukan pagi tadi
  • Tengah
  • WILAYAH

Bot karam: Mayat lelaki warga emas ditemukan pagi tadi

Utusan Sarawak 4 months ago
ANGGOTA bomba dan polis terlibat dalam operasi SAR mangsa. Foto PGO JBPM Sarawak

TATAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa perahu karam di Sungai Sangan yang memasuki hari ketiga, berakhir apabila mayatnya ditemukan, pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Lila Jali, 69, ditemukan oleh orang awam dan anaknya di tepi sungai sekitar 8.15 pagi sebelum pihak bomba dihubungi oleh pihak tentera.

Susulan laporan itu, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau bergegas ke lokasi bagi melakukan tindakan selanjutnya.

Pada 5 Februari lalu, bot mangsa bersama isterinya dilaporkan karam di hilir Jambatan Sangan sekitar 4.50 petang.

Ketika kejadian, mangsa dan isteri dalam perjalanan pulang ke rumah panjang mereka di Rumah Antau Sait, Sungai Anap selepas menghantar anak ke Pekan Sangan.

Isteri mangsa berjaya diselamatkan oleh penduduk berhampiran, namun mangsa telah hilang.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua ekor buaya besar muncul setelah paras air naik, berjaya ditangkap
Next: Pejabat Daerah Sarikei adakan mesyuarat penyelarasan program BLM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.