Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Boris Johnson timang anak lelaki
  • GLOBAL

Boris Johnson timang anak lelaki

Utusan Sarawak 5 years ago
Johnson dan Symonds mengikat tali pertunangan hujung tahun lalu. – Foto AFP

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mendapat khabar gembira apabila tunangnya, Carrie Symonds selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital London semalam.

Kelahiran itu berlaku tiga minggu selepas Johnson dimasukkan ke hospital kerana jangkitan koronavirus (Covid-19).

“Ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan selamat,” kata jurucakap pasangan tersebut,

Johnson, 55, pernah berkahwin dua kali dan bercerai pada 2018 selepas 26 tahun hidup dengan bekas isterinya sebelum bercinta dengan Symonds, 31, sejak awal tahun lalu.

Pemimpin Britain itu bakal menjadi Perdana Menteri United Kingdom pertama berkahwin ketika memegang jawatan berkenaan.

Beliau dan Symonds sudah pun mencatat sejarah apabila menjadi pasangan pertama belum berkahwin yang tinggal di kediaman rasmi Perdana Menteri. – AFP

Continue Reading

Previous: Nigeria catat kes tertinggi dalam sehari
Next: Arab catat peningkatan kes kematian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.