Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba terus perkasa kesedaran kebakaran di luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba terus perkasa kesedaran kebakaran di luar bandar

Utusan Sarawak 22 hours ago
SESI PERKONGSIAN… Sesi perkongsian kesedaran keselamatan kebakaran oleh pihak bomba di Rumah Trisy Sibun, hari ini. Foto BBP Bintangor

JULAU: Kesedaran keselamatan kebakaran dalam kalangan komuniti luar bandar terus diberi penekanan apabila pihak bomba menjalankan kunjungan serta sesi perkongsian di Rumah Trisy Sibun, Nanga Selaut Tengah, hari ini. 

Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin bersama dua anggota bomba bertujuan memberi fokus kepada pengenalan alat pemadam api dan pengendalian kebakaran dapur, khususnya dalam konteks premis kediaman rumah panjang.

Menurut Mahmudin, program jangkauan seperti ini sangat penting kerana penduduk luar bandar perlu dibekalkan dengan pengetahuan asas tentang tindakan awal kebakaran sebelum bantuan tiba.

“Kita mahu setiap penghuni rumah panjang tahu peranan asas yang boleh menyelamatkan nyawa dan harta benda ketika berdepan insiden kebakaran. 

“Terutamanya kebakaran yang berpunca daripada dapur gas,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, pengenalan fungsi dan cara menggunakan alat pemadam api turut diberikan penekanan oleh pihaknya.

“Kebakaran kecil boleh menjadi besar jika tiada tindakan awal. 

“Maka latihan asas ini perlu disampaikan secara terus kepada penduduk rumah panjang,” katanya. 

Beliau turut berterima kasih kepada penduduk Rumah Trisy Sibun atas kerjasama dan sambutan baik sepanjang sesi perkongsian dijalankan. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gerawat tinjau status projek pembangunan di kawasan Mulu
Next: Gangguan air tidak berjadual di beberapa kawasan Bahagian Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.