Gangguan air tidak berjadual di beberapa kawasan Bahagian Samarahan

Facebook
WhatsApp
NOTIS… Notis gangguan bekalan air tidak berjadual dikeluarkan oleh JBALB Sarawak bagi kawasan Tambirat hingga Sebuyau bermula 8.00 pagi tadi, berikutan masalah teknikal pada sistem bekalan dan kerosakan injap di Pam Penggalak Batang Samarahan.

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak memaklumkan bahawa gangguan bekalan air tidak berjadual sedang berlaku di beberapa kawasan dalam Bahagian Samarahan bermula 8.00 pagi tadi sehingga ke suatu masa yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut kenyataan rasmi JBALB, gangguan itu melibatkan seluruh kawasan termasuk Tambirat, Asajaya, Sadong Jaya, Sebangan hingga ke Sebuyau dan kawasan sekitarnya.

Gangguan tersebut berpunca daripada masalah teknikal pada sistem bekalan serta kerosakan injap di Pam Penggalak Batang Samarahan.

“Pihak JBALB sedang berusaha menangani masalah ini dengan kadar segera bagi memastikan bekalan air dapat dipulihkan secepat mungkin,” jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya untuk keperluan harian sepanjang tempoh gangguan.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui talian Careline JBALB Samarahan di 082-673809 atau pusat panggilan JBALB Sarawak di 082-262211.

Oleh Shikin Mahmud