Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba terus perkasa ilmu keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba terus perkasa ilmu keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 7 hours ago
KETUA BBP Bintangor, Mahmudin Narudin mengadakan lawatan ke sebuah hotel, hari ini. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bintangor terus memperkasakan ilmu dan kemahiran anggotanya dalam aspek keselamatan kebakaran menerusi lawatan pembelajaran sistem pencegahan keselamatan kebakaran (PKK) di sebuah hotel, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, program yang bermula pada 9.00 pagi tadi bertujuan memperkukuh kefahaman anggota bomba terhadap sistem pencegahan kebakaran yang digunakan di bangunan komersial.

“Lawatan pembelajaran ini diadakan bagi memperkukuh pengetahuan anggota terhadap sistem PKK, sekali gus meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang insiden kebakaran di bangunan komersial.

“Pendedahan secara langsung terhadap sistem keselamatan kebakaran di premis seperti hotel membolehkan anggota bomba memahami fungsi setiap komponen dan prosedur pengendalian yang digunakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak.

ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor mengikuti lawatan pembelajaran sistem pencegahan keselamatan kebakaran bagi meningkatkan pengetahuan dan kesiapsiagaan operasi.

Katanya, pembelajaran secara praktikal di lapangan memberi nilai tambah kepada anggota bomba dalam memahami aplikasi sebenar sistem keselamatan kebakaran, selain melengkapkan pengetahuan yang diperoleh melalui latihan.

“Pemahaman yang lebih mendalam terhadap sistem tersebut membolehkan anggota bomba bertindak dengan lebih cekap dan berkesan ketika menjalankan operasi menyelamat, pemeriksaan dan penguatkuasaan keselamatan kebakaran

“Usaha meningkatkan kompetensi anggota bomba akan terus diperkasakan menerusi pelbagai program latihan dan pembelajaran bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa berada pada tahap terbaik,” katanya.

Beliau berharap ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui lawatan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkukuh kesiapsiagaan anggota bomba dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Keputusan rayuan pemecatan Datuk Lily Yong dijangka diketahui hujung tahun ini
Next: Gotong-royong semarak semangat kebersamaan di dua masjid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.