Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta

Utusan Sarawak 5 months ago

BINTULU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun diselamatkan anggota bomba selepas terkunci di dalam sebuah kereta di Jalan Durian Belanda 4, Taman Ria Tanjung Batu di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.49 malam daripada seorang lelaki yang memaklumkan anaknya terkunci di dalam kereta.

“Sebaik pasukan tiba di lokasi, didapati kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan selamat tetapi terkunci di dalam kereta.

“Anggota bomba melakukan operasi menyelamat dengan menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kanak-kanak terbabit akhirnya berjaya dikeluarkan dengan selamat pada 10.06 malam dan diserahkan kepada bapanya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.20 malam setelah anggota bomba memastikan keadaan selamat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Enam pelajar SMK Lanang turut naiki lori ATM untuk duduki SPM
Next: 13 penghuni Rumah Rabong Metan sertai program bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.