Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Sarikei pantau paras air di Jalan Feri Lama
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba Sarikei pantau paras air di Jalan Feri Lama

Utusan Sarawak 2 hours ago

SARIKEI: Fenomena air sungai pasang menyebabkan paras air di kawasan tebingan Sungai Nyelong meningkat pada malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pemeriksaan dilakukan oleh dua anggota bomba sekitar 8.50 malam di Jalan Feri Lama.

“Anggota bomba yang menjalankan pemantauan mendapati paras air di lokasi tersebut meningkat ketika air sungai sedang pasang.

“Keadaan ketika pemantauan adalah hujan renyai-renyai, namun situasi keseluruhan masih baik dan terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, sepanjang pemantauan di kawasan tersebut, tiada insiden kecemasan dilaporkan.

“BBP Sarikei akan terus membuat pemantauan berkala di kawasan rendah berisiko banjir sepanjang tempoh monsun timur laut (MTL).

“Saya berharap penduduk di kawasan rendah berisiko banjir sentiasa peka terhadap perubahan paras air sungai serta mengikuti arahan pihak berkuasa sekiranya keadaan memerlukan tindakan keselamatan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular ditangkap dalam rumah penduduk di Jalan Sungai Padi
Next: Kursus kraftangan wanita Julau fokus penghasilan beg tangan kecil dan beg kulit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.