BINTANGOR: Pihak bomba telah menjalankan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran (MBK) di premis-premis kawasan jagaan, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan di tiga premis swasta sekitar bandar Bintangor.
“Saya bersama tiga orang anggota bomba bertugas menjalankan pemeriksaan di premis-premis tersebut.
“Pemeriksaan dijalankan bermula 9.30 pagi” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, aktiviti pemeriksaan adalah bagi memastikan alat-alat keselamatan kebakaran di premis-premis tersebut berfungsi dengan baik.
“Premis yang diperiksa termasuklah yang sering menjadi tumpuan orang ramai.
“Pemeriksaan ini juga bertujuan agar mereka yang datang berkunjung akan berasa selamat apabila berada di dalam premis-premis tersebut.
“Pemeriksaan MBK selesai sepenuhnya pada 11.00 pagi,” katanya.
Oleh Earl Anek