Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau kawasan rendah berisiko banjir di Bintangor
  • WILAYAH

Bomba pantau kawasan rendah berisiko banjir di Bintangor

Utusan Sarawak 5 months ago

SIAP SIAGA....Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan di tebingan Sungai Bintangor. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Bomba terus membuat rondaan pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir sempena monsun timur laut (MTL) bagi memastikan kesiapsiagaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, MTL biasanya membawa hujan lebat berterusan yang sering menyebabkan banjir di kawasan rendah dan lembangan sungai. 

“Petang semalam, dua anggota bomba telah mengadakan rondaan pemantauan di tebingan Sungai Bintangor.

“Rondaan dijalankan pada jam 4.50 petang hingga jam 5.05 petang,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, keadaan paras air di tebingan Sungai Bintangor dalam keadaan terkawal. 

“Trend air pasang berlaku dan cuaca dalam keadaan baik semasa pemantauan.

“Alhamdulillah, tiada panggilan kecemasan dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Lanun Dinara Cut ‘Raja Sungai Seblak’ 
Next: Mohd Chee terus terajui PBB Cawangan Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.