
BINTANGOR: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor membantu memotong cincin yang tersekat pada jari tengah seorang lelaki, dalam kejadian yang dilaporkan pada pagi semalam.
Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata mangsa hadir ke balai bomba sekitar 11.42 pagi untuk mendapatkan bantuan selepas jarinya bengkak akibat cincin yang tidak dapat dikeluarkan.

“Cincin di jari mangsa tidak dapat dikeluarkan dan mengakibatkan jarinya bengkak.
“Anggota bomba membantu mangsa memotong cincin tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Operasi pemotongan cincin dilakukan dengan berhati-hati menggunakan alat khas dan berjaya diselesaikan tanpa sebarang kecederaan lanjut kepada mangsa.
Oleh Earl Anek